Peraduan Foto ‘Batik Sedondon’

Sertai Peraduan Foto ‘Batik Sedondon’ dan rebutlah peluang untuk memenangi 20 baucar TGV Cinemas bernilai RM50 setiap satu berserta barangan cenderamata Petrosains bernilai RM50.

Anda hanya perlu kongsikan kenangan Aidilfitri bersama keluarga atau rakan taulan anda bertemakan ‘Batik Sedondon’ di Instagram (@instapetrosains) mulai 1 – 20 Jun 2019! Jangan lupa sertakan hashtag #petrosainsturns20 #petrosainsfestive dan kapsyen menarik dalam ‘post’ anda!

TERMA DAN SYARAT-SYARAT AM

1.1 Peraduan Foto ‘Batik Sedondon’ akan bermula dari 1 Jun 2019 dan akan ditutup pada jam 12 tengah malam pada 20 Jun 2019. (“Tempoh Pertandingan”). 1.2 Petrosains Sdn Bhd (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau melanjutkan Tempoh Pertandingan, mengikut budi bicara mutlaknya tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

2.1 Kempen ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia (pemegang MyKad). 2.2 Terdapat dua kategori yang dipertandingkan. i. Kategori 1 dibuka kepada orang awam ii. Kategori 2 dibuka kepada kakitangan pihak Penganjur (Petrosains Sdn Bhd) 2.3 Tiada sebarang pembelian diperlukan untuk menyertai peraduan.

3.1 Sila ‘FOLLOW’ Instagram akaun @instapetrosains . 3.2 Foto tersebut mestilah dimuatnaik ke akaun Instagram anda berserta hashtag #PetrosainsTurns20 #Petrosainsfestive dan kapsyen yang menarik.

Pemenang akan dipilih oleh pihak Penganjur berdasarkan penyertaan yang paling kreatif berserta kapsyen yang menarik dan pastikan juga anda FOLLOW Instagram @instapetrosains.

Hadiah bagi Peraduan Foto ‘Batik Sedondon’ adalah seperti berikut: Kategori 1 20 x Baucar TGV Cinemas bernilai RM50 & Barangan Cenderamata Petrosains bernilai RM50 Kategori 2 20 x Baucar TGV Cinemas bernilai RM50 & Barangan Cenderamata Petrosains bernilai RM50

Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu gambar tetapi peserta hanya layak untuk memenangi satu hadiah sahaja. Hadiah mestilah dituntut dalam masa 3 bulan dari tarikh pengumuman pemenang.

Hanya penyertaan dalam tempoh tarikh seperti berikut; 1 -20 Jun 2019, layak untuk menyertai pertandingan.

Peserta perlu memastikan setiap penyertaan diletakkan sebagai ‘tetapan umum’ bagi memastikan penyertaan boleh dilihat oleh pihak Penganjur.

9.1 Dengan menyertai Kempen ini, peserta mengakui bahawa gambar / komen yang dikemukakan adalah karya asli dan tidak melanggar hak cipta, tanda dagangan, hak moral, hak privasi / publisiti atau harta intelek mana-mana pihak atau entiti ; dan tidak ada pihak lain yang mempunyai apa-apa hak, hakmilik, tuntutan atau kepentingan dalam penyertaan. 9.2 Hak cipta semua gambar yang dihantar untuk pertandingan ini adalah kekal dengan peserta. Walau bagaimanapun, dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, peserta bersetuju memberikan Penganjur hak berterusan, muktamad, bebas royalti, lesen untuk menggunakan, menghasilkan semula, menyalin, memaparkan secara awam, mengeluarkan lesen kecil, mengubah dan mengeksploitasi sepenuhnya apa-apa gambar yang dikemukakan.

10.1 Dengan menyertai Kempen ini, setiap peserta bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan pihak Penganjur dan pekerja, pegawai, pengarah, pemegang saham, ejen, wakil, syarikat induk, syarikat gabungan, anak syarikat, pemegang lesen, pengiklanan, agensi promosi, dan penasihat undang-undangnya, tidak berbahaya dari sebarang atau semua kerugian, ganti rugi, hak, tuntutan dan tindakan apa-apa jenis yang berkaitan dengan Kempen ini atau akibat daripada penerimaan, pemilikan, penggunaan atau penyalahgunaan produk, atau perjalanan ke atau dari apa-apa aktiviti hadiah-berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kecederaan peribadi, kematian, dan kerosakan harta benda, dan tuntutan berdasarkan hak publisiti, fitnah atau pencerobohan privasi.

11.1 Tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkenaan, pihak Penganjur berhak untuk mengubah Terma dan Syarat ini tanpa notis terlebih dahulu. 11.2 Sekiranya terdapat sebarang pertikaian, pihak Penganjur mempunyai hak untuk membuat keputusan muktamad. Keputusan Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.

12.1 Dengan menyertai peraduan ini, peserta sepenuhnya dan tanpa syarat bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini dan keputusan Penganjur. 12.2 Dengan menyertai, peserta bersetuju untuk memberikan Penganjur dan syarikat induk masing-masing, anak-anak syarikat, sekutu, pemegang lesen, pengarah, pegawai, ejen, kontraktor bebas dan agensi pengiklanan / promosi penggunaan nama / beliau dan butiran tanpa sebarang bayaran pampasan, melainkan dilarang oleh undang-undang.

Dengan menyertai Kempen ini, peserta / pemenang membenarkan pihak Penganjur menyimpan data peribadi peserta / pemenang. Peserta / pemenang adalah dibenarkan untuk membatalkan kebenaran beliau untuk penyimpanan data dengan menghantar e-mel kepada Penganjur di infopetrosains@petronas.com dan dengan berbuat demikian, peserta / pemenang adalah menarik balik penyertaannya dalam pertandingan ini. Pihak Penganjur akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan semua data peribadi yang disimpan untuk tujuan program ini sebagai ‘SULIT’.

Penganjur berhak untuk menolak sebarang penyertaan / pemenang di atas budi bicara secara mutlak tanpa memberi sebarang alasan. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.