Science

Terokai Keseronokan di SPEED, Petrosains!

Anis Afzan

Posted on 2020-07-23

Sekiranya kelajuan dan Formula 1 menjadi minat anda, maka anda akan menikmati keseronokan di pameran SPEED.

SPEED merupakan salah satu galeri sains yang terdapat di Petrosains yang mempunyai pelbagai pameran berinteraksi tentang sains dan teknologi di sebalik penciptaan kenderaan. SPEED juga mempamerkan info-info dan maklumat berkenaan Formula 1 automotif. Di sini, anda boleh melihat dan bergambar dengan replika kereta lumba F1 yang bersaiz sebenar.

Rasailah sendiri pengalaman menggunakan simulasi dan juga pameran Mind Ball yang popular di mana anda boleh menolak bola getah kecil tanpa menyentuhnya! Bagaimana? Pameran ini mengajar anda tentang telekinesis – kemampuan untuk mempengaruhi sesuatu dengan kekuatan fikiran.
Menarik kan?

Terdapat banyak simulasi dan pameran untuk anda menguji reaksi, nisbah kuasa-berat, kemahiran karate, kemahiran ski, kebolehan melompat dan pelbagai lagi.
Jangan lupa untuk singgah ke SPEED apabila anda berkunjung ke Petrosains!

Share

0