Science

Tips Menjimatkan Penggunaan Bateri Telefon Pintar

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa bateri telefon anda sering cepat habis? Tahukah anda terdapat beberapa cara yang berkesan untuk menjimatkan bateri?

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa bateri telefon anda sering cepat habis?
Tahukah anda terdapat beberapa cara yang berkesan untuk menjimatkan bateri?

Anis Afzan

Posted on 2020-07-23

Artikel ini akan membincangkan tentang tips penjimatan bateri telefon pintar. Antaranya:

1. Kurangkan kecerahan paparan skrin kerana semakin terang skrin semakin banyak bateri yang digunakan.

2. Aktifkan “Battery-saving Mode”. Mod ini boleh didapati dalam hampir semua model telefon pintar. Antara fungsi utama mod ini adalah mematikan proses latar belakang atau “background process” dan menyah-aktifkan sensor peranti seperti GPS.

3. Gunakan mod gelap pada skrin peranti anda. Mod gelap bukan sahaja memberi keselesaan pada mata pengguna malah mengurangkan penggunaan bateri.

4. Nyahpasang aplikasi yang tidak digunakan. Sesetengah aplikasi mungkin tidak kerap digunakan tetapi masih aktif dan menggunakan memori peranti anda.

Selamat mencuba!

Share

0