Baja Kompos - Petrosains

Baja Kompos

Berkebun memang sangat menyeronokkan! Sejak PKP bermula, saya dan keluarga mula menjinakkan diri dalam bidang pertanian. Terdapat pelbagai kebaikan bercucuk tanam. Antaranya ialah, dapat meningkatkan kesihatan mental dan fizikal, membolehkan kita mendapat Vitamin D yang secukupnya untuk kulit kerana badan terdedah kepada cahaya matahari pagi dan membekalkan sumber makanan untuk seisi keluarga.

Berkebun memang sangat menyeronokkan!
Sejak PKP bermula, saya dan keluarga mula menjinakkan diri dalam bidang pertanian.
Terdapat pelbagai kebaikan bercucuk tanam. Antaranya ialah, dapat meningkatkan kesihatan
mental dan fizikal, membolehkan kita mendapat Vitamin D yang secukupnya untuk kulit
kerana badan terdedah kepada cahaya matahari pagi dan membekalkan sumber makanan
untuk seisi keluarga. Bukan itu sahaja, dengan berkebun, kita juga dapat menenangkan
fikiran apabila melihat pemandangan yang menghijau di halaman rumah di samping baik
untuk terapi mata. Hahh… tenangnya…

Saya selalu melihat ibu saya mengasingkan bahan buangan kepada tiga bahagian iaitu; Bahan
kitar semula, sisa dapur dan lain-lain.
Yang peliknya, setiap kali saya nak buang kulit pisang, ataupun kulit buah yang lain, mesti
saya akan dimarahi ibu;
“Jangan buang kulit pisang tu! Boleh buat baja kompos…”
“Jangan buang kulit buah mangga! Baja kompos…”
Haihh… semua baja kompos! Baja kompos itu apa sebenarnya?
‘Kompos ialah bahan organik yang telah terurai dan dikitar semula sebagai baja dan pinda
tanah. Kompos adalah bahan utama dalam pertanian organik. Asasnya, pengkomposan
memerlukan hanya timbunan buangan di kawasan luar dan menunggu bahan-bahan tersebut
terurai dari enam minggu atau lebih. Kaedah pengomposan moden menggunakan beberapa
langkah proses, dipantau dengan teliti dengan kemasukan air, udara, dan bahan yang kaya
dengan karbon dan nitrogen.’

Ooo…. Jadi baja kompos ni bagus untuk tanaman?
Baja kompos dapat membekalkan khasiat yang cukup untuk tanaman dan dapat
menggantikan baja kimia yang akan memberi kesan kepada tanaman, tanah dan ekosistem
semula jadi.
Kalau begitu, saya pun mahu mencuba membuat baja kompos! Macam best je…
Mula-mula kita masukkan bahan-bahan organik seperti kulit buah-buahan dan sayur-sayuran,
sisa buangan haiwan, sisa kebun seperti daun kering dan kita masukkanlah tanah. Siap!
Senangkan?

Saya tertanya-tanya, macam mana bahan-bahan yang saya masukkan tu boleh bercampur dan
menjadi tanah selepas beberapa bulan? Padahal, waktu saya letakkan semua bahan-bahan
seperti kulit buah dan lain- lain, semua dalam bentuk pepejal.
Ha, inilah yang dinamakan proses pengkomposan! Baja Kompos akan terhasil apabila bahan
organik mereput dan terurai kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil ‘humus’
melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma tanah seperti bakteria, cacing dan
kulat. Bahan yang sudah terurai itulah yang dinamakan ‘Kompos’! Tapi, proses ni bukan
sekejap je tau! Ianya boleh mengambil masa sehingga 4 hingga 6 bulan! Wow, lamanya!
ADAKAH KOMPOS BERBAU?
Ketika saya belajar cara untuk menghasilkan baja kompos, salah satu halangan besar bagi
saya ialah bau busuk. Baunya seperti telur busuk dan makanan basi! Eww… Tetapi dengan
mengikuti peraturan kompos yang betul, kita boleh menghasilkan baja kompos tanpa bau.

Tong kompos yang dijaga dengan betul tidak akan mengeluarkan banyak bau. Lagipun, baja
kompos dihasilkan daripada sisa dapur dan tumbuhan. Sekiranya mendapati kompos anda
berbau kuat seperti amonia, telur busuk, atau manis, maka ada sesuatu yang tidak seimbang.
Pengkomposan berfungsi paling baik apabila kita mempunyai keseimbangan ‘brown
materials’ dan ‘green materials’ yang betul. ‘Brown Materials’ adalah bahan yang kaya
karbon seperti daun kering atau dahan kecil. ‘Green Materials’ pula adalah bahan yang kaya
nitrogen seperti rumput, daun hijau dan sisa makanan.
Untuk setiap jenis bau kompos, ada penyelesaian yang berbeza-beza! Contohnya, Sekiranya
anda mendapati kompos berbau seeperti telur busuk, ini bermakna tidak ada cukup oksigen
yang tersedia untuk membolehkan bakteria aerobik tumbuh. Sebaliknya, timbunan kompos
anda telah kehabisan oksigen. Bau telur busuk adalah hasil daripada bau hidrogen sulfida
dari jisim kompos yang tidak mempunyai peredaran udara. Untuk memperbaiki bau ini, anda
perlu meluangkan masa untuk bereksperimen bersama kompos anda!
Menggemburkan timbunan kompos secara berkala dapat melonggarkan mampatan tanah dan
menambahkan ruang udara untuk membantu bakteria aerobik berkembang. Bakteria anaerob
yang berbau busuk secara semula jadi akan mati apabila terdapat oksigen di dalam kompos.
Kita juga boleh menambahkan lubang di bawahnya untuk menambahkan aliran udara di
dalam kompos.
Susah juga ya nak buat kompos ni?
Sebenarnya, menghassilkan baja kompos semudah membuang sampah. Hanya dengan
memasukkan sisa dapur anda ke kompos setiap satu atau dua hari, baja kompos siap
digunakkan selepas beberapa bulan. Tetapi kadang-kadang kandungan komposer dan
perkadaran ramuan yang salah, boleh mengakibatkan semua jenis bau yang tidak
menyenangkan.
Oleh itu, pentingnya kita mempelajari sains kerana ia dapat membantu kita dalam kehidupan
seharian. Dari bumi yang dipijak higgalah ke Angkasa Raya; semuanya memerlukan sains
untuk menyelesaikan tanda tanya yang bermain di fikiran manusia secara logik, berdasarkan
fakta serta bukti.

JOM KITA MENANAM!
Di samping membekalkan makanan untuk seisi keluarga, menanam juga sedikit sebanyak
dapat menurunkan suhu bumi jika semua orang dalam dunia menanam! Kita dapat
mengurangkan risiko dari perubahan iklim terjadi serta memperbaiki lapisan ozon bumi yang
semakin lama semakin menipis. Bayangkan…. Jika kita tidak dapat mempertahankan bumi
untuk generasi masa akan datang, jangan sampai mereka mempersoalkan warna langit dan
kesegaran udara.

“Bumi yang tiada rimba
Seumpama Hamba
Dia dicemar manusia

Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari”

(Adaptasi lagu Hijau dari Dato’ Zainal Abidin)

SAYANGI BUMI, KERANA KITA ADALAH SEBAHAGIAN DARINYA!

Presented by Shafieqah, Guest Blogger

Share

0

x500 x500 x500 x500 https://x1.simregunesa.ac.id/ https://article.isn-speed.com/wp-content/article/judi-bola-euro/ x500 https://www.erlangga.co.id/output/slot-thailand/ https://www.erlangga.co.id/output/judi-bola-euro/ https://www.erlangga.co.id/output/robopragma/ https://beatsofhopeafrica.org/wp-content/robopragma/ https://beatsofhopeafrica.org/wp-includes/euro-x500/ Judi Bola Euro https://agro-epidotiseis.gr/output/euro-x500/ https://agro-epidotiseis.gr/output/X500/