Pokok ber'duit' tapi Menumpang - Petrosains

Pokok ber’duit’ tapi Menumpang

Teringat pada zaman kanak-kanak apabila bermain permainan ‘jual beli’ lalu akan menggunakan daun sejenis tumbuhan yang melekat pada batang pokok kelapa sebagai duit syiling. Daun pokok ini digunakan kerana rupanya yang ‘bulat-bulat’ kecil menyerupai rupa duit syiling sepuluh sen. Rupa-rupanya memang nama pokok ini pokok duit-duit.

Teringat pada zaman kanak-kanak apabila bermain permainan ‘jual beli’ lalu akan menggunakan daun sejenis tumbuhan yang melekat pada batang pokok kelapa sebagai duit syiling. Daun pokok ini digunakan kerana rupanya yang ‘bulat-bulat’ kecil menyerupai rupa duit syiling sepuluh sen. Rupa-rupanya memang nama pokok ini pokok duit-duit.

Lalu keinginan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pokok unik dan pelik ini semakin mendalam. Yang pastinya pokok ini hidup menumpang kerana ia tumbuh di atas batang pokok yang besar seperti batang pokok kelapa. Itulah salah satu sifat pokok duit-duit ataupun lebih tepat pokok duit-duit sakat ribu-ribu atau nama saintifiknya Pyrrosia piloselloides.

Tergolong dalam keluarga pakis, pokok ini merupakan sejenis tumbuhan yang hidup menjalar pada pokok-pokok berbatang besar. Akar rayap halusnya akan merebak di permukaan batang pokok yang ditumpangnya dan melekat pada kulit batang kayu.

Ramai yang berpendapat pokok ini parasit tetapi ini tidak benar. Walaupun menumpang, pokok duit-duit sakat ribu-ribu bukanlah parasit iaitu hubungan simbiosis di antara dua organisma di mana organisma penumpang dalam kes ini pokok duit-duit mendapat manfaat daripada organisma perumah (batang pokok) sehingga menjejaskan perumahnya. Sebaliknya ia adalah tumbuhan epifit iaitu tidak menjejaskan perumahnya dan mampu membuat makanan sendiri. Akarnya yang menjalar tinggi akan menyerap air ketika hujan.

Ia kekadang juga kelihatan menggelikan. Namun tidak hairanlah pokok ini juga dikenali sebagai sisik naga kerana daunnya yang berbentuk bulat, lonjong atau bujur tumbuh tersusun bersilang-silang rapat antara satu sama lain. Daunnya berwarna hijau muda atau hijau gelap dengan ukuran 2-3 cm panjang setiap satu. Daun-daunnya mungkin kecil, tetapi mempunyai kandungan air yang banyak.

Ia membiak melalui spora yang terdapat pada daunnya. Apabila pokok dituip angin, spora-spora matang akan terbang dan jatuh pada pokok-pokok lain disekitar, seterusnya akan membentuk pokok duit-duit baru apabila cuaca lembab atau hujan.

Disebalik penampilan yang biasa, para pengemar aktiviti berkebun dan lanskap sering kali mengubakannya sebagai aksesori tambahan diatas pohon-pohon yang lain. Rupanya yang tidak terlalu menonjol membuatkan kecantikan pokok lain terserlah dengan mengunakan pokok duit-duit sebagai tambahan.

Kesimpulannya, bukanlah benar-benar pokok ini ber’duit’ tetapi digelar sebagai pokok duit-duit kerana rupa bentuknya menyerupai duit syiling. Ia tumbuh menumpang kerana secara tabiinya yang hidup menjalar di atas organisma lain namun tidak akan menjejaskan perumahnya. Namun harus diingat agar kita tidak mengambil daun-daun pokok-pokok ini secara mencabut dan menariknya secara kasar begitu sahaja kerana pokok ini amat bergantung pada akarnya untuk membuat makanan.




Shared by Atika Nordin
Intern at Petrosains, The Discovery Centre

Share

0

x500 x500 x500 x500 https://x1.simregunesa.ac.id/ https://article.isn-speed.com/wp-content/article/judi-bola-euro/ x500 https://www.erlangga.co.id/output/slot-thailand/ https://www.erlangga.co.id/output/judi-bola-euro/ https://www.erlangga.co.id/output/robopragma/ https://beatsofhopeafrica.org/wp-content/robopragma/ https://beatsofhopeafrica.org/wp-includes/euro-x500/ Judi Bola Euro https://agro-epidotiseis.gr/output/euro-x500/ https://agro-epidotiseis.gr/output/X500/